Tingkatkan Conversion Anda: 8 Komponen Penting untuk Sales Page yang Berkesan [ Melayu ]
Sebagai pemilik bisnes, ‘Page Jualan’ website anda adalah kedai digital anda. Berikut adalah ciri-ciri penting yang menjadikan ‘Page Jualan’ itu berkesan:
1) Tajuk yang Jelas dan Menarik
Penjelasan: Tajuk adalah perkara pertama yang pelawat akan lihat. Ia harus menyampaikan tawaran utama atau nilai anda dengan cepat. Tajuk (headline) yang baik akan menarik perhatian dan membuat orang ingin membaca lebih lanjut.
Contoh: “Jualan Hebat diskaun 50%!”
2) Visual yang Menarik
Penjelasan: Imej atau video berkualiti tinggi lebih membantu dalam menyampaikan konteks/mesej dan menjadikan website anda lebih menarik. Ia boleh menunjukkan produk anda, pelanggan yang gembira, atau menarik emosi untuk menyokong mesej anda.
Tip : Gunakan foto tulen (asli) dan bukannya imej stok generik (generic stock images)
3) Copywriting yang Meyakinkan
Penjelasan: Teks anda harus fokus pada bagaimana produk atau servis anda boleh memberi manfaat kepada pelanggan. Selain daripada menyenaraikan ciri-ciri sahaja, anda juga boleh jelaskan dengan terperinci bagaimana ciri-ciri tersebut boleh menambahbaik kehidupan pelanggan atau menyelesaikan masalah mereka.
Contoh: Selain daripada “sokongan pelanggan 24/7”, anda boleh kata begini “Dapatkan bantuan pada bila-bila masa, siang atau malam, supaya anda tidak pernah bergelut sendirian”
4) Bukti Sosial
Penjelasan: Testimoni, review, dan kajian kes boleh menunjukkan kepada bakal pelanggan bahawa orang lain telah berjaya dengan menggunakan produk anda. Ini membina kepercayaan dan mengurangkan keraguan.
Tip: Sertakan hasil atau petikan khusus daripada pelanggan sebenar, dengan nama dan foto mereka.
5) Call-to-Action (CTA) yang Jelas
Penjelasan: CTA anda memberitahu pelawat apa yang step yang perlu dilakukan seterusnya. Ia harus dipaparkan dengan jelas, mudah dilihat, dan menggunakan bahasa yang boleh menarik tindakan.
Contoh: “Mulakan Percubaan Percuma Anda Sekarang” atau “Beli Sekarang”
6) Paparan Responsif
Penjelasan: Dengan lebih ramai orang melayari internet menggunakan telefon bimbit, sales page anda mestilah kelihatan dan berfungsi dengan baik pada semua jenis saiz skrin. Ini memastikan pengalaman pengguna yang baik (user-friendly) untuk semua pelawat.
Tip: Buat ujian (test) website anda pada pelbagai jenis device untuk memastikan ia mudah dibaca dan dilayari.
7) Kelajuan Website yang Pantas
Penjelasan: Website yang lambat boleh mengecewakan pelawat dan menyebabkan mereka meninggalkan website anda sebelum melihat apa-apa tawaran anda. Cuba jadikan masa untuk website loading 3 saat atau kurang.
Tip: Optimize imej, minimumkan code, dan gunakan servis hosting yang boleh dipercayai (seperti NetKL!) untuk meningkatkan kelajuan website anda.
8) Penunjuk Kepercayaan
Penjelasan: Logo ‘selamat & dipercayai’, jaminan wang dikembalikan (money-back guarantee) , dan policy links dapat membantu pelawat merasa selamat untuk berurusan dengan anda. Ia mengurangkan risiko atau keraguan yang dirasakan oleh pelanggan dan meningkatkan keyakinan terhadap tawaran anda.
Contoh: Paparkan sijil SSL, anugerah industri, atau lencana “100% Jaminan Kepuasan”.
Perlukan bantuan untuk menjana website ‘Page Jualan’ yang sempurna? NetKL menawarkan perkhidmatan webdesign yang profesional untuk melengkapi servis hosting dan domain kami. Mari kita ubah pelawat anda untuk menjadi pelanggan!
Hubungi pasukan webdesign NetKL di sini: https://m.me/netkl hari ini, dan minta quotation webdesign untuk Sales Page impian anda! 💻🛒💯