Mengapa Disk Space Hosting Anda Cepat Penuh?

[ Bahasa Melayu ]
Jika website anda tiba-tiba berhenti berfungsi atau anda tidak dapat menerima emel, disk space anda mungkin sudah penuh! 😱
Mari kita fahami puncanya:
❓ Apa yang Menyebabkan disk space Penuh?
🔹 Pengumpulan emel – Lampiran (attachments) besar, spam, dan emel lama yang tidak dipadam boleh memenuhi ruang.
🔹 Fail & Media di Website – Imej resolusi tinggi, video, dan fail PDF boleh menggunakan disk space dengan cepat.
🔹 Log Error & Cache – website anda menghasilkan log dan fail cache yang boleh menyebabkan disk space penuh.
🔹 Backup Lama – Backup yang disimpan secara manual atau automatik memakan ruang yang besar (GB).
🔹 Plugin & Theme yang Tidak Digunakan – Plugin/Theme yang sudah tidak digunakan tetapi tidak dibuang kan boleh membebankan hosting anda.
⚠ Apa Akan Berlaku Jika disk space Penuh?
🚫 Website anda mungkin tidak dapat berfungsi.
📩 Anda tidak boleh menghantar/menerima emel.
⏳ Website menjadi perlahan akibat kekurangan disk space.
💾 Backup baru tidak dapat dibuat.
🛠 Cara Mencegah & Mengurusnya :
✅ Padam emel lama secara berkala – Terutamanya yang mempunyai lampiran (attachment) besar.
✅ Optimize imej & fail – Optimise (mampatkan) fail2 gambar sebelum upload ke website.
✅ Kosongkan cache & log – Kerapkan membuang fail2 cache/temporary.
✅ Padam backup lama – Simpan hanya backup yang terkini.
✅ Deactivate/Delete plugin/theme yang tidak digunakan – dapat kurangkan disk space untuk prestasi website lebih baik.
✅ Upgrade ke plan hosting lebih besar – Jika bisnes anda semakin berkembang maju, sudah tiba masa untuk anda upgrade pakej hosting, supaya boleh tampung keperluan disc space yang lebih tinggi.
🚀 Sekiranya anda perlu info lanjut (atau sebarang bantuan), sila hubungi kami di Livechat : https://m.me/netkl