Domain Verification. Kenapa domain saya disuspend?

Domain anda disuspend kerana anda beli domain tersebut menggunakan email lain (ketika mendaftar domain)
Masalah ini terjadi kerana anda TAK verify email address tersebut , seperti yg diarahkan oleh email bertajuk “E-mail address verification initiated!”.
Email reminder akan dihantar sebanyak 3 kali ke email tersebut. Jika anda abaikannya (TAK verify – dgn menekan link verification), domain anda akan disuspend, dan tidak boleh dilayari.
Ini adalah langkah keselamatan yg dikenakan oleh domain registrar seluruh dunia.
Solusinya ialah ;
Kami akan minta registrar untuk menghantar semula email tersebut ke email anda.
Seterusnya, anda perlu cari email tersebut di email (di dalam Inbox, atau **folder SPAM**), dan verify SEGERA.
Selepas anda verify, ia akan ambil masa 12-72 jam utk nameserver domain anda stabil sepenuhnya, sebelum domain/website/cPanel anda berfungsi semula seperti biasa.
Tiada cara utk percepatkan proses propagation tersebut selain menunggu sehingga ianya stabil semula.