Cara Untuk Re-cover Password WordPress

Jika anda lupa password wordpress, dan tidak dapat login dalam admin untuk manage data/content, anda boleh recover secara mudah dengan mengikuti panduan berikut;
1) Buat/convert password baru anda melalui url ini: https://www.netkl.com/convert-pwd
2) Login dalam cPanel, dan masuk dalam phpmyadmin. (lihat gambar dibawah).
3) Pilih database wordpress. (lihat gambar dibawah).
* Nama database yang betul boleh dilihat dalam wp-config.php
4) Browse kedalam table wp-users. (lihat gambar dibawah).
5) Pilih user yang hendak dimodify. (lihat gambar dibawah).
6) Masukkan password baru dalam ruang ‘user_pass’, kemudian klik pada butang ‘GO’ untuk save. Selepas itu anda boleh login dalam wordpress guna password baru. (lihat gambar dibawah).
p/s: panduan ini juga boleh digunakan pada software lain. joomla, phpbb, dll misalnya…