Cara mudah tukar DNS Shoppegram secara bulk.

4_Terminal

Shoppegram sebelum ini telah membuat perubahan pada DNS mereka.

Info: https://docs.shoppegram.com/domain-migration

Kami mendapat banyak permintaan penukaran DNS ini setiap hari termasuk pelanggan VPS/Server kami dengan terlalu banyak domain yang perlu mereka diedit.

Mengedit rekod DNS satu persatu mengambil masa yang agak lama bagi setiap domain (kerana sistem akan connect dahulu server registrar setiap kali edit dibuat/save). Perkara ini mungkin agak menyukarkan bagi sesetengah client. Untuk membantu pelanggan VPS/Server, kami kongsikan cara mudah, pantas dan termudah cara edit DNS dengan beberapa klik/command sahaja.

Berikut caranya selepas anda login sebagai root ke VPS/Server/WHM/SSH:

1) Klik Terminal seperti gambar berikut:

 

Sangat penting !! Sila buat backup dulu folder DNS, sila copy/paste kod berikut pada terminal ssh:

cp -R /var/named /var/named.BACKUP

2) Pergi/tukar ke folder DNS. sila copy/paste kod ini ke terminal ssh:

cd /var/named

3) Tukar ip lama Shoppegram ke ip baru. sila copy/paste kod ini ke terminal ssh:

replace ‘172.104.38.145’ ‘192.46.230.50’ — *.db

4) Tukar CNAME lama Shoppegram ke CNAME baru. sila copy/paste kod ini ke terminal ssh:

replace ‘domains-ssl.shoppegram.com’ ‘shops.shoppegram.com’ — *.db

5) Restart DNS. Selesai

Langkah terakhir YANG PERLU tuan/puan buat ialah melakukan ‘Tetapan Semula’ nama domain di Shoppegram. sila rujuk info mereka seperti berikut:

Enjoy 🙂

Jangan edit sesuka hati jika tidak diminta oleh pihak Shoppegram

Jika ada info yang kurang tepat, pihak berkaitan sila emailkan info/pembetulan ke admin@netkl.com untuk perhatian kami segera.

Command (arahan) sebenar atau lokasi file DNS bergantung pada OS/Control Panel yang anda guna. Pengunaan atas risiko sendiri.

Tips ini dari NetKL Network

Untuk CentOS 8, sila guna 'sed' sekiranya fungsi 'replace' telah diremove oleh provider:
cp -R /var/named /var/named.BACKUP
cd /var/named
find . -name "*.db" | xargs sed -i "s/172.104.38.145/192.46.230.50/g"
find . -name "*.db" | xargs sed -i "s/domains-ssl.shoppegram.com/shops.shoppegram.com/g"
Restart DNS & Enjoy :)