Kenapa I/O hosting saya tinggi/capai limit?
Kesemua 7 pakej hosting yg anda nampak di sini : https://netkl.com/shared-hosting#HostingPlansComparison = adalah sejenis SHARED HOSTING
SHARED HOSTING = bermaksud, 1 server dikongsi oleh 200-300 klien NetKL yg lain.
Berbeza pula dgn VPS & Dedicated Server, di mana :
VPS = bermaksud, 1 server dikongsi oleh 10 orang klien NetKL sahaja (tak ramai sangat).
Dedicated Server = pula bermaksud, 1 server hanya digunakan oleh 1 orang klien NetKL sahaja (tidak kongsi dgn sesiapa)
Disebabkan SHARED HOSTING dikongsi oleh ramai klien lain, supaya adil (dan tidak berikan masalah pada klien lain yg kongsi server yg sama), NetKL terpaksa had kan penggunaan Resources server (oleh setiap klien) di dalam server tersebut.
Ini had2 yg telah kami tetapkan : https://www.snap2send.com/qnS
Contohnya, seperti yang anda lihat di situ, Limit I/O utk pakej myPlatinum (RM250) hanyalah = 3 MB/persecond sahaja.
Pastikan anda tidak guna I/O lebih dari 3MB/persecond ya.
Nota:
– mengikut pengalaman kami, pengguna SHARED HOSTING biasanya tidak guna CPU/IO yg tinggi sangat (hingga capai 100%)
– jika anda capai 100% usage, ia bermaksud, mungkin ada sesuatu yg luarbiasa berlaku, contoh nya :
a) terlalu ramai pelawat datang serentak di satu2 masa
b) atau, ramai client sedang download file dari website anda,
c) atau, script website anda tidak efisien (cekap) (anda boleh Google lanjut tentang isu ini). Contohnya : https://onlinemediamasters.com/slow-wordpress-plugins
d) atau, ada malware/virus di dalam website anda, yg mungkin sedang aktif akses website anda (siang & malam).
Kami sarankan, agar anda kenalpasti kemungkinan yg mungkin telah /sedang berlaku, dan cuba atasinya ya.
Semoga berjaya 🙂